Post info


Comments 0


Author: Deideian


10 Cara Hangat Menjual Produk Anda Gila-gila
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan….

Hari ni saya nak berkongsi tip untuk melariskan produk anda di pasaran…. Ni ha:

1. Tukarkan salinan iklan pemasaran anda kepada satu cerita atau satu artikel. Pelawat-pelawat anda tidak berasa ragu-ragu untuk membaca iklan anda itu, malah mereka akan lebih meminati produk anda.

2. Berikan pelawat-pelawat sesuatu yang baru secara percuma kepada mereka yang menyertai kajian (survey) on line anda. Kajian ini akan memberikan perniagaan anda nilai kebijaksanaan dan lebih relevan dengan pasaran anda.

3. Tingkatkan atau tambahkan kuasa faedah bagi salinan pengiklanan anda dengan menggunakan perkataan yang mempunyai daya tarikan, pengutamaan kepada kata kunci, penggunaan warna, penekanan kepada frasa-frasa kunci dan penggarisan perkataan.

4. Berikan pelawat-pelawat anda pelbagai pilihan, jadi mereka tidak rasa produk yang mereka minati itu seperti perasaan yang dikawal. Tawarkan mereka pelbagai cara untuk membuat pesanan, hubungi anda, melayari dan sebagainya.

5. Letakkan diri anda sendiri di dalam ‘kasut’ pelawat. ops, maksud saya, design laman web anda untuk mereka, bukannya untuk diri anda. Ciptakan produk anda di sekitar pelawat anda kerana anda mahukan mereka yang membeli produk anda itu.

6. Dapatkan nasihat percuma atau berbayar dari webmaster-webmaster tentang kejayaan mereka. Sertai forum atau chat room bersama mereka.

7. Gunakan bonus-bonus percuma anda untuk mencipta keadaan ‘kecemasan’ supaya pelawat-pelawat anda terus membeli dari anda. Katakan tawaran ini hanya untuk mereka pada masa yang terhad dengan produk utama anda.

8. Tawarkan kepada pelanggan anda produk tambahan yang berkaitan dengan pembelian produk utama. Sebagai contoh, jika mereka membuat pembelian lampu suluh (torchlight), tawarkan mereka pelbagai jenis bateri yang tahan lama. Upsell produk.

9. Jadikan pelawat-pelawat anda berasa seronok dan bahagia dengan memberikan mereka pujian. Jika mereka merasainya tentang pembelian, mereka akan membeli dari laman web anda.

10. Tambahkan pelbagai jenis faedah dan keuntungan untuk laman web anda. Jika anda menjual ebook-ebook cuba juga untuk jual perkhidmatan perniagaan anda, kursus-kursus dan jadi sebagai pembekal.

ok, apa pulak kata anda?

jika anda ada idea yang lebih baik atau ingin berkongsi pendapat di thread ni silakan....di bawah ni.

0 comments:


Post a Comment